MAC 2023

Syarikat Australia Minat Melabur Di Sarawak


KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bertemu dengan pelabur dari Australia yang berminat melabur dalam pengilangan besi keluli di negeri ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, Sarawak terkenal sebagai destinasi pelaburan terkemuka kerana memiliki banyak keistimewaan termasuk tenaga hidro yang boleh digunakan oleh pelabur dalam pengilangan mereka selain mengurangkan pelepasan karbon.

Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan minat syarikat terbabit untuk melabur di Sarawak dan kementeriannya akan mempercepatkan proses itu.

Agensi seperti RECODA, SEB, LAKU, DOE, NREB, PETROS, BDA dan yang lain hadir pada majlis pertemuan dengan Awang Tengah untuk mempercepatkan proses syarikat terbabit melabur di negeri ini.

Sumber dari : Jiwa Bakti